Rabu, 18 September 2013

Minyak Naik 20 Sen

Nak kata tentang harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen baru-baru ini...atau dengan erti kata sebenar, kerajaan mengurangkan subsidi harga minyak sebanyak 20 sen.

Sudah tentu berita kenaikan ini menimbulkan kemarahan ramai orang, dan kemarahan ini dimanipulasi ke tahap maksima oleh pihak tertentu untuk membuatkan rakyat bertambah benci kepada pemerintah.

Aku pun marah juga...namun marah aku bukan kepada kerajaan. Marah aku kepada para pengeluar, pemborong, peniaga, dan penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan lebih dari kadar yang sepatutnya.

Ada yang kata, kerajaan sepatutnya mengawal semua harga barang.
Aku kata, kalau kita sendiri meniaga, suka ke kita dihalang dari menjual produk kita dengan harga yang kita mahukan? Siapa nak meniaga camtu?

Ada yang kata, kerajaan patut turunkan lagi harga minyak macam yang dijanjikan oleh pihak tertentu, bukannya menaikkan lagi.
Aku kata, bila harga minyak diturunkan dari RM2.70 ke RM1.80, tak ada pun harga barang turut turun sekali - berbalik pada isu peniaga yang ambil kesempatan.

Jadi, kenapa nak marah dengan kerajaan?

Nak kata apa lagi?


Salam Pengenalan

Nak kata apa untuk posting pertama ni...

Biasanya ia akan diisi dengan penerangan tentang kandungan dan hala tuju penulisan sebelum disusuli dengan harapan.

Tapi...

Nak kata apa ye...?